Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kualiti Udara Di Seluruh...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan...

‘Curva Off’, Ultras Malaya...

SELAIN persembahan yang bakal ditunjukkan pemain-pemain bola sepak di atas padang, sudah pasti...

Maszlee Seru Contohi Utusan...

ALAHAI... Bulan Julai lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dikutuk netizen kerana pegawainya biadab...

Remaja OKU Maut Jatuh...

SEORANG remaja kurang upaya (OKU), Mohamad Huzaimi bin Shaari, 14, maut selepas jatuh dari...

PM Umum Tambahan Ganjaran Pemenang Pingat Olimpik

SEPANG – Semua lapan atlet Malaysia yang berjaya memenangi pingat sama ada perak dan gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016 baru-baru ini akan menerima tambahan imbuhan sebanyak RM200,000.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus bermakna pemenang pingat perak akan membawa pulang keseluruhan imbuhan berjumlah RM500,000 manakala pingat gangsa pula sebanyak RM300,000.

Beliau berkata, biarpun atlet negara masih lagi gagal mendapat kilauan emas pada edisi Olimpik kali ini, namun setiap daripada mereka tetap dianggap sebagai wira dan wirawati negara.

“Walaupun kilauan emas tidak dalam genggaman kita tetapi kita sebenarnya sudah mencatat kejayaan terbaik dalam (pencapaian rekod) sejarah penyertaan (kali ke-15) negara kita di Olimpik.

“Kejayaan di Rio ini kita harap tidak terhenti di sini, (sebaliknya) jadikan ia sebagai asas untuk kita terus melangkah ke hadapan bagi mencapai lebih banyak kejayaan di masa depan.

“Saya yakin di Olimpik Tokyo pada 2020 kelak, pingat emas mampu jadi milik negara,” katanya berucap pada majlis menyambut ketibaan kontinjen Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri Kabinet. Turut serta dalam penerbangan pulang mengiringi delegasi atlet berkenaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Kira-kira 3,000 peminat sukan tanah air terdiri pelbagai bangsa berkumpul sejak 12 tengah hari untuk bersama-sama menyambut kontinjen negara yang diketuai Chef de Mission, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid serta 27 atlet dan pegawai pengiring.

Pada Olimpik Rio 2016, Malaysia meraih empat perak menerusi atlet badminton Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, juga terjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong serta gangsa oleh pelumba basikal Azizulhasni Awang.

Kontinjen negara yang berjumlah 32 atlet dan menyertai 10 acara berada di kedudukan ke-60. Pesawat Emirates Airlines dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu yang membawa mereka selamat tiba di KLIA pada pukul 2.30 petang.  – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori