Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

180 Jam Khidmat Masyarakat...

Melaka - Seorang gadis diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah...

Mata Boleh Buta Jika...

LONDON - Amaran bagi anda yang sering menggunakan telefon bimbit ketika berbaring di...

Raja-Raja Melayu Lindungi Kepentingan...

PUTRAJAYA – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah raja-raja Melayu berada dalam kedudukan...

Saintis Rusia Berjaya Uji...

MOSCOW - Saintis Rusia berjaya menjalankan ujian di angkasa lepas ke atas sejenis...

Tak Terima Atlet Israel, Malaysia Mungkin Hilang Hak Tuan Rumah

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah acara sukan pada masa depan jika ia terus menghalang kemasukan atlet ke negara itu berdasarkan kewarganegaraan.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Mohammad Nazifuddin Najib, IOC memberi bayangan sedemikian dalam satu pertemuan dengan MOM baru-baru ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, seperti dilaporkan The Vibes.

“Kami masih menunggu makluman rasmi daripada IOC berkenaan perkara ini, tetapi kami ada membicangkannya semasa pertemuan dengan IOC baru-baru ini di Dubai

“Mereka meminta kami berbincang dengan kerajaan dan tampil dengan satu penyelesaian atau berdepan risiko tidak menganjurkan apa-apa acara.

“Kami sudah menulis surat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk membawakan isu ini ke Parlimen memandangkan ia perkara serius dan memerlukan penyelesaian yang pragmatik. Kami harap kementerian akan menunjukkan jalan,” Nazifuddin dipetik sebagai berkata.

Ini selepas Malaysia, yang menjadi tuan rumah Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia tidak memberi visa kepada atlet Israel.

Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) kemudian membatalkan kejohanan berkenaan, dengan memetik isu visa dan varian Omicron Covid-19 sebagai sebab.

Kejohanan itu sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur dari 7 Dis hingga 12 Dis.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel ekoran konflik Israel-Palestin.

Pada 2019, Malaysia turut dilucutkan hak menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019 selepas tidak membenarkan penyertaan dari Israel.

Isu akan dibawa ke kabinet


Selain Nazifuddin, Presiden MOM Mohamad Norza Zakaria dalam satu sidang media pada 29 Dis, turut menggesa penyelesaian segera daripada kerajaan, dengan berkata khalayak sukan antarabangsa sebenarnya “sedang menantikan maklum balas” Malaysia berhubung perkara itu.

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu dilaporkan The Vibes sebagai berkata bahawa ia akan membawa isu itu ke perbincangan kabinet akan datang, tanpa memberitahu bila. Katanya, kementeriannya juga akan menyatakan pandangan berhubung perkara berkenaan.

Amaran IOC

Terdahulu bulan ini, portal berita Israel The Jerusalem Post berkata ia menerima surat daripada IOC yang menggesa persekutuan sukan antarabangsa untuk memastikan atlet dari semua negara dapat bertanding dan dilayan dengan sama rata tanpa sebarang diskriminasi politik.

Surat yang dikatakan oleh pengarah sukan IOC Kit McConnell dan pengarah Olympic Solidarity James Macleod itu mahu persekutuan sukan mendapatkan “jaminan bertulis” daripada kerajaan masing-masing dan memastikan jaminan itu dipenuhi.

Ia dilaporkan memetik keputusan Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel untuk ke Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia dan langkah Serbia menghalang pasukan Kosovo daripada bertanding dalam Kejohanan Tinju Dunia AIBA sebagai contoh.

IOC dilaporkan berkata ia mahu bekerjasama dengan kedua-dua negara untuk mencapai penyelesaian jangka panjang.

“Kegagalan (mencapainya) akan menyebabkan negara-negara sedemikian tersingkir daripada hak untuk menjadi tuan rumah kepada acara sukan antarbangsa sehingga jaminan yang diperlukan diperolehi dan dihormati”.

Surat yang diperkata itu, bagaimanapun tidak dapat ditemukan di laman web IOC pada masa siaran.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori