• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta 164 Progresif, Tepat Pada Masa

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) adalah keputusan yang progresif dan tepat pada masanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata pindaan itu amat relevan dengan situasi semasa yang melibatkan kes kebajikan wanita dan kanak-kanak.

“Pindaan Akta 164 ini diharap dapat menyelaraskan percanggahan yang timbul melibatkan peranan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Kabinet untuk membuat pindaan ke atas Akta 164, yang merupakan undang-undang keluarga bagi perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Islam, dengan segera berpandukan tiga prinsip utama.

Azalina yang juga Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen berkata tiga prinsip dalam pindaan tersebut akan memudahkan pasangan mencari penyelesaian terbaik demi kebajikan anak-anak terutama dari segi hak penjagaan dan nafkah.

Sementara itu, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata pindaan itu boleh menamatkan kontroversi berpunca daripada penukaran agama dan permulaan memperbaiki hubungan antara agama.

Menganggap keputusan Najib sebagai berani dan adil, Mah berkata kebajikan dan kepentingan kanak-kanak yang terlibat perlu diberi keutamaan kerana mereka tidak harus menjadi mangsa dalam pertikaian perkahwinan.

“Kami berterima kasih dan gembira prinsip serta pembelaan berterusan sejak beberapa tahun lalu didengar oleh kerajaan untuk membawa penyelesaian yang diperlukan ke atas isu yang sudah lama,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.- BERNAMA

Tags: Azalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Samsung Hadiahkan Chong Wei TV Lengkung SUHD

Next Post

Wanita UMNO Minta Kaji Punca Permasalahan Sosial

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Wanita UMNO Minta Kaji Punca Permasalahan Sosial

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd