• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perogol Terlepas Hukuman Setelah Kahwini Mangsanya?

oleh AK-47
07/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang lelaki berusia 22 tahun terlepas hukuman penjara dan sebatan selepas mengahwini mangsa rogolnya.

Ahmad Syukri Yusuf didakwa merogol gadis remaja bawah umur 14 tahun pada tahun lalu, berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara dan sebatan jika disabitkan bersalah, lapor The Borneo Post.

Bagaimanapun Ahmad Syukri terlepas dari hukuman berkenaan setelah mengahwini remaja itu di bawah undang-undang Islam, menurut pendakwa raya Ahmad Fariz Abdul Hamid.

Mahkamah Kuching, menetapkan kes tidak perlu diteruskan selepas Ahmad Syukri mengemukakan sijil perkahwinan dan gadis berkenaan menarik balik dakwaan tersebut.

Bagaimanapun keputusan tersebut menimbulkan rasa berang kumpulan hak-hak wanita dalam menuntut keadilan diberikan kepada mangsa keganasan seksual.

“Sudah menjadi hal biasa perogol mengahwini mangsa terutama apabila melibatkan kes bawah umur untuk melindungi jenayah mereka,” kata jurucakap Pertubuhan Pertolongan Wanita, Tan Heang Lee.

Menurut Tan, mereka menolak langkah itu kerana mangsa mungkin akan terdedah kepada penderaan seksual sepanjang hayat mereka.

“Perkahwinan dengan mangsa secara asasnya hanya menggalakkan aktiviti rogol,” katanya.

Mengikut undang-undang Malaysia umur sah yang ditetapkan untuk untuk berkahwin adalah 18 tahun. Bagaimanapun di bawah undang-undang Islam, wanita berusia 16 tahun boleh memohon kebenaran berkahwin daripada Mahkamah Syariah.

Sementara itu memetik laporan Astro Awani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya akan membuat intervensi sebelum kelulusan diberikan kepada mana-mana individu yang didakwa atas kesalahan merogol daripada mengahwini mangsa bawah umur.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu jenayah yang harus dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.

“Kementerian akan membuat intervensi supaya perkahwinan seperti itu tidak diteruskan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayahkes mahkamahkes rogolrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd