Wednesday, February 12, 2025

Creating liberating content

Bekas Tempat Peliharaan Haiwan...

SEREMBAN: Sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi kini semakin licik dengan menjadikan sebuah bekas...

Sultan Johor Tegur Melayu...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menggesa...

Curi Minyak Wangi: 3...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri lima botol minyak wangi pelbagai jenama, tiga rakan...

Scha, Awal Nikmati Percutian...

LOMBOK merupakan sebuah kepulauan yang terletak di timur Bali, Indonesia dan sering dikaitkan...

Perlekeh Pilot Badan Besar, Kevin Zahri Dikecam Netizen

JURULATIH kecergasan popular, Kevin Zahri dikecam segelintir netizen gara-gara twitnya yang dianggap memperlekehkan golongan berbadan besar.

Dua hari lepas, Kevin memuat naik satu twit di laman mikro Twitter berbunyi , “baru sahaja berlepas penerbangan AK278 dari KL ke Brunei. Lewat 30 minit disebabkan kelewatan pembantu juruterbang berbadan besar yang datang dalam keadaan berpeluh-peluh dan tercungap-cungap kepenatan!?”

pix

Sebaik dia memuat naik status tersebut, seorang selebriti dan bekas hos, Johan Farid Khairuddin kemudiannya membidas kenyataan Kevin dengan membela juruterbang yang telah diperlekehkan oleh Kevin sebentar tadi.

jfk
Johan Farid Khairuddin

pix1

Menulis, “Mungkin juruterbang itu dipanggil bekerja last minute untuk menggantikan orang lain. Juruterbang tersebut sepatutnya diberi penghargaan di atas sebab itu, bukan sebaliknya”.

Kenyataan balas Johan yang juga merupakan seorang juruterbang itu kemudiannya dipersetujui kebanyakan netizen yang menyifatkan Kevin tidak seharusnya mengeluarkan status memperlekehkan tubuh fizikal seseorang individu.


pix2

pix3

Sehingga berita ini ditulis, kenyataan Kevin itu masih trending di garis masa Twitter negara ini.

Kevin merupakan jurulatih kecergasan program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang sentiasa mendapat sambutan mengalakkan daripada rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori