• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbetulkan Segala Yang Tak Kena Dalam UMNO Sendiri

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru anggota UMNO supaya terus mempertahankan parti keramat itu, malah turut mengingatkan mereka agar memperbetulkan apa sahaja yang tidak kena dengan parti dalam lingkungan keluarga UMNO sendiri.

Perdana menteri dan presiden UMNO itu berkata tiada pilihan lain bagi anggota UMNO sebagai pejuang parti untuk mempertahankan parti itu sendiri dalam memastikan kelangsungan perjuangan martabat orang Melayu pada masa akan datang.

“Ibarat kita dalam sebuah rumah, kalau tidak kena perabot, kita boleh ganti, kita boleh alih perabot itu. Kalau ada pinggan-mangkuk yang sumbing, kita boleh beli yang baharu. Kalau ada langsir yang robek, kita boleh ganti dengan langsir yang baharu.

“Tetapi kalau kita ni membakar rumah UMNO ini, di mana kita nak cari tempat kita hendak berteduh? Datuk Seri (Mohamed Khaled Nordin) baca pantun tadi, kalau UMNO tersungkur, di mana orang Melayu nak berteduh? Maknanya, kalau UMNO mati, rumah UMNO ini kita binasakan, di mana kita nak bernaung, di mana kita nak bergantung harapan? Jawabnya tiada,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dataran Sedili Besar, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Najib berkata sebagai presiden parti, beliau sentiasa berjiwa besar dan sebagai contoh, pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, beliau mengambil langkah menghulurkan tangan perdamaian dan tangan perpaduan tetapi malangnya tidak disambut.

Malah, beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu UMNO memilih jalan lain yang bertentangan dengan wadah perjuangan parti UMNO.

“Sebab (itu) kita perlu UMNO sebagai sebuah parti yang menyatupadukan orang Melayu, roh perjuangan kita lahir di perkarangan tangga Istana Besar Johor Baharu, bukan calang-calang tempat, kerana kita meniupkan roh semangat perjuangan nak menyatupadukan orang Melayu, nak meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara,” kata beliau.

Najib turut menyelar parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang bercadang untuk bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.

“Malah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) dalam UMNO sendiri telah menyelar mereka sebagai parti anti-Islam, anti-Melayu, cauvinis. Mereka telah menyatakan dengan jelas, ayat itu keluar daripada mulut mereka sendiri waktu mereka dalam UMNO, maka jelaslah bahawa hari ini mereka cakap lain.

“Macam mana Parti Pribumi nak bekerjasama dengan parti DAP yang terang-terangan tidak menyokong perjuangan atas memartabatkan bangsa, agama dan tanah air.

“Di mana soal Peruntukan 153 dalam Perlembagaan Hak Istimewa Orang Melayu, di mana letak pendirian mereka dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam di bumi yang bertuah ini, di mana perjuangan mereka untuk mempertahankan institusi diraja-raja Melayu dan sebagainya. Jelas, tidak ada,” kata Najib.

Justeru, presiden UMNO yakin bahawa anggota UMNO, termasuk UMNO Johor, akan mempertingkatkan usaha untuk menaikkan semangat agar Johor muncul sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Ikrar sahaja tidak cukup, seperti kata menteri besar tadi, ia mesti ada perancangan. Mesti ada usaha dan mesti ada kebersamaan. Saya yakin tiada sebab mengapa Johor tidak boleh pertahan sebagai kubu kuat,” kata Najib.

Najib, yang merupakan perdana menteri pertama yang menjejakkan kaki ke Kampung Sedili Besar, turut mengumumkan kelulusan peruntukan melebar dan meluruskan jalan masuk ke kampung berkenaan untuk keselesaan masyarakat setempat.

Lebih 1,000 anggota UMNO dan penduduk setempat menunggu seawal 7 pagi untuk menyambut ketibaan presiden UMNO itu.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri merangkap Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi Datuk Daing A Malek Daing A Rahman. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd