• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Bola Sepak Serang Jurugambar Biadap – NUJ

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia menyifatkan perbuatan sekumpulan individu dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) menyerang jurugambar The News Straits Times (NSTP), Supian Ahmad di Stadium Ipoh malam tadi sebagai biadap.

Setiausaha Agung NUJ Malaysia, Schave Jerome De Rozario berkata, NUJ Malaysia meminta pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap penyokong bola sepak yang melakukan keganasan itu.

“Insiden keganasan yang berlaku sejurus selesai perlawanan membabitkan pasukan Perak dan JDT di Stadium Ipoh itu, turut dianggap satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang bahaya.

“Malah, tindakan penyokong yang menyerang serta mengarahkan supaya gambar yang dirakam jurufoto terbabit dipadamkan, dilihat satu desakan yang keterlaluan serta biadab,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Schave Jerome berkata, sememangnya menjadi tugas dan tanggungjawab setiap jurugambar untuk merakam gambar pada setiap kali perlawanan bola sepak termasuk kejadian-kejadian sampingan yang berlaku pada sebelum atau selepas perlawanan.

Justeru, katanya, insiden itu menimbulkan persoalan sama ada tahap atau aspek keselamatan petugas media terutama jurufoto yang membuat liputan dilapangan ketika acara sukan dijadikan
sebahagain daripada skop prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak penganjur atau tidak.

“Kami juga menggesa penguatkuasaan serta pemeriksaan lebih ketat oleh pihak berkuasa yang mengawal stadium terhadap kumpulan penyokong, berikutan setakat hari ini pelbagai barangan larangan seperti suar dan mercun masih mudah dibawa masuk ke dalam stadium mereka, sehingga mengundang bahaya kepada pemain dan petugas media,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JurugambarNSTPNUJpenyokongStadium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd