• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Ditembak Mati Tahan Tebusan Selama 4 Jam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seorang penjenayah ditembak mati selepas empat jam menahan tebusan, seorang wanita yang merupakan pemilik kedai tembikar di Ayer Hitam di sini, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam kejadian 8.20 malam tadi, suspek dikatakan masuk ke kedai tersebut lalu meminta wang tebusan daripada mangsa yang berusia 53 tahun itu.

Selepas tidak berjaya, mangsa kemudiannya dijadikan tebusan di sebuah bilik di kedai tersebut dan pihak polis mengambil masa empat jam berunding dengan suspek lelaki yang berusia 44 tahun itu.

Beliau berkata meskipun wang tebusan sebanyak RM300,000 telah dibayar keluarga mangsa, suspek enggan melepaskan mangsa.

“Suspek kemudiannya bertindak menembak mangsa dan pada ketika itulah polis mengambil tindakan dan berjaya menembak mati suspek,” kata beliau kepada pemberita di tempat kejadian, di sini, awal pagi ini.

Kamarul Zaman berkata polis yang melepaskan tembakan sebanyak dua das mengenai kepala suspek menyebabkan suspek mati serta-merta pada kira-kira 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, mangsa terselamat tetapi mengalami trauma dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini.

Polis turut menemukan dua pucuk pistol jenis revolver dan semi auto Smith and Wesson yang berisi peluru.

“Hubungan antara mangsa dan suspek, kami masih siasat. Mungkin mereka kenal, mungkin mangsa kenal suspek,” kata Kamarul Zaman dan menambah motif suspek masih disiasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). – BERNAMA

Tags: penjenayahpolistebusan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd