• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Syiah Perlu Diperkasa

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyebaran fahaman Syiah di negara ini perlu dikemas kini dan diperkasakan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata bukan mudah untuk mengekang aktiviti itu kerana penyebaran fahaman tersebut tidak dizahirkan secara terang dan nyata.

“Sebenarnya bukan mudah untuk menangani ajaran sesat kerana kadang kala mereka menyelimuti amalan mereka. Saya rasa dari segi enakmen sudah cukup, cuma yang paling penting ialah pemerkasaan dan mengemas kini dari segi penguatkuasaan.

“Dalam perundangan, kita tidak boleh mengambil tindakan (secara) yang syak wasangka, kalau ada bukti baru la boleh diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan Jabatan Mufti Kedah pada Rabu lalu supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) ditambah baik bagi mengekang aktiviti penyebaran fahaman Syiah di negara ini.

Asyraf berkata enakmen dan undang-undang berkaitan agama dan penguatkuasaannya terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, manakala kerajaan Persekutuan hanya menyelaras bahasa yang diletakkan dalam enakmen tersebut.

“Dalam konteks Syiah ini sudah ada kesepakatan semua negeri, jadi biarlah negeri (tetapkan) tetapi ia harus memainkan peranan yang lebih proaktif dalam perkara berkaitan akidah.

“Dalam konteks SOSMA dan sebagainya, sekiranya terbukti ada yang boleh memudaratkan negara, siapa sahaja akan diambil tindakan oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf berkata selain penguatkuasaan, masyarakat juga perlu bekerjasama dan memainkan peranan untuk mengekang aktiviti itu daripada terus berleluasa di negara ini.

“Masyarakat harus sentiasa proaktif dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu memberi maklumat sekiranya memang jelas penyelewengan (agama) berlaku kalangan mereka sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiSyiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan...

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd