• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Mengaku ‘Sultan Melaka’

oleh Ahmad Albab
08/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan kerana menipu seorang individu untuk mempercayai dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh mendapatkan mangsa persalinan diraja pada Mei tahun ini.

Sabirin Yusuf, 48, dituduh menipu Poniran Sumardi dengan memperdayakan lelaki itu bahawa dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh menolong mangsa mendapatkan persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM700.

Tertuduh yang melakukan kesalahan itu pada awal Mei lepas, di alamat No 129, Jalan Pesona 12, Taman Pelangi Indah, juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pertengahan Mei dan penghujung Mei tahun ini.

Ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang setiap pertuduhan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Ahmad Yusri Ahmad Fuad yang menyebut kes bagi pihak peguam Nordin Hussin yang mewakili Sabirin, memohon mahkamah mengurangkan jaminan itu memandangkan tertuduh mempunyai pendapatan kecil sebagai pengawal keselamatan dan menyara dua isteri serta 16 anak.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Sept tarikh sebutan untuk serahan dokumen. – BERNAMA

Tags: pengawal keselamatansultan melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd