• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Pendarahan Dalam Kepala Dipercayai Dipukul

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Sungai Petani mengalami pendarahan dalam kepala selepas dipercayai dipukul tiga pelajar senior.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi semalam itu, Muhammad Anas Amir, 14, dipercayai dipukul dan dihentak pada dinding selepas menarik tangan seorang rakan sekelas untuk masuk ke dalam bilik darjah.

Bapa mangsa, Amir Ahmad, 47, berkata abang pelajar terbabit berusia 15 tahun yang ternampak tindakan Muhammad Anas itu kemudian bertindak melulu memukul anaknya bersama dua lagi rakan.

“Anak saya memberitahu dia menarik rakannya masuk ke dalam kelas selepas diminta guru dan mungkin berlaku salah faham yang menyebabkan abang pelajar terbabit memukul Muhammad Anas,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Katanya anak ketiganya daripada lima beradik itu hanya memberitahu isterinya, Suriyati Che Said, 47, mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 3 petang semalam selepas mengadu sakit kepala.

Amir berkata anaknya mengalami muntah-muntah ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.

“Hasil imbasan mendapati terdapat darah beku di bahagian kanan kepala dan anak saya dirujuk ke HSB kira-kira pukul 2 pagi tadi sebelum pembedahan membuang darah beku dibuat pada pukul 4.30 pagi tadi,” katanya.

Amir berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata pihaknya telah menahan empat pelajar lelaki yang terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: kes pukulpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd