• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Hospital Patah Mayat Sebelum Angkat

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORISSA – Satu video menunjukkan pekerja hospital mematahkan mayat seorang wanita tua supaya mudah dimasukkan ke dalam karung sebelum mengangkatnya menggunakan kayu, kejadian kedua berkait dengan kekurangan ambulans sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di India.

Video berkenaan menunjukkan pekerja sebuah hospital di Orissa mematahkan pinggul wanita berusia kira-kira 80 tahun yang mati selepas dilanggar kereta api dan memasukkannya ke dalam karung untuk diangkat.

Ia muncul sehari selepas satu video menunjukkan seorang lelaki terpaksa berjalan sejauh enam kilometer dari hospital sambil mengangkat mayat isterinya yang mati kerana batuk kering.

Kedua-dua kejadian yang berlaku di Orissa, negeri di timur India. Video mengenainya yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian televisyen mengundang kecaman orang ramai mengenai layanan pihak berkuasa terhadap penduduk miskin.

“Ini amat menyedihkan. Kami akan siasat. Kami akan mengambil langkah bagi memastikan ambulans yang mengangkat mayat,” kata Ketua Menteri Orissa, Naveen Patanik.

Hospital awam di India enggan menyediakan ambulans untuk membawa mayat, memaksa keluarga si mati menyewa kereta mayat dengan kos yang tinggi.

Sistem kesihatan awam di India berdepan kekurangan infrastruktur dan tenaga manusia dengan kerajaan hanya membelanjakan kurang lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Bank Dunia. – Agensi/myMetro Online

Tags: IndiaMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd