• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Cabar Debat Pihak Bantah Perkasa Mahkamah Syariah

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mencabar pihak yang membantah pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memperkasakan fungsi mahkamah syariah untuk berdebat.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, PAS bersedia berdebat dengan mana-mana pihak bagi mempertahankan kebenaran dan kewajaran rang undang-undang berkenaan.

“Kepada pihak yang menentang dan berhujah untuk menolak keperluan pindaan Akta 355, kami sedia hadir untuk berdebat bagi mempertahankan kebenaran dan kewajaran,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin berkata, PAS membuat cabaran itu memandangkan pindaan rang undang-undang Akta 355 semakin mendapat perhatian umum.

Katanya, PAS bagaimanapun daripada awal telah bersedia pada bila-bila masa untuk berdialog bagi menyingkap kekeliruan.

“Kepada pihak ingin mencari kebenaran dan mendapatkan pencerahan, kami sedia hadir untuk berdialog dan memberi penerangan,” katanya.

Cadangan bagi memperkasakan peranan mahkamah syariah itu mendapat tentangan hebat ramai pihak terutama pemimpin Pakatan Harapan.

Malah, pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari pernah mendakwa pindaaan akta itu yang akan mewujudkan pelaksanaan hukum hudud bakal mengundang bias sosial ke atas golongan wanita, orang miskin dan masyarakat minoriti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera memberi contoh hukuman sebat akan dikenakan ke atas mereka yang berzina, membuat fitnah dan minum arak manakala penjara ke atas mereka yang murtad atau berfahaman Syiah.

Menurutnya, pindaan Akta 355 bukan sekadar memberi kuasa hampir mutlak kepada sistem undang-undang syariah dalam penentuan hukuman, ia akan turut memisahkan masyarakat serta menyekat kebebasan peribadi umat Islam. – mynewshub.cc

Tags: PASRUU 355
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd