• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Minta PKR Jangan Buat Kenyataan Berbelit

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Sudah-sudahlah keluarkan kenyataan berbelit. Kita bukan sahaja mahu tumbangkan Perdana Menteri tetapi Barisan Nasional (BN) keseluruhannya”

Itu kenyataan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar yang dipercayai ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mula mempersoalkan sumbangan PAN dalam Pakatan Harapan sejak parti serpihan PAS itu tewas dalam dua Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.

Kata Fakhrulrazi, beliau selaku pimpinan PAN tidak akan berdiam diri bila partinya dihina dan diperlekeh dengan memberi peringatan sejarah Tentera Al-fateh yang kecil boleh menumbangkan kerajaan byzantine yang besar.

“Paling menduka citakan apabila ada yang sanggup memperkecilkan kemampuan rakan kompenen pembangkang sedangkan mereka lebih mesra dengan BN.

“Jangan kerana sayangkan jawatan sanggup gadai kepentingan rakyat dan hasrat rakyat. Kuasa yang dimiliki ini hanya sementara. Jangan sampai peluang yang ada kini terkubur dek sikap kita yang berbelit kata.

“Lama dan baru bukan ukuran, cuma yang bodoh berfikiran begitu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

PKR baru-baru ini menuduh DAP dan PAN punca Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu menyebabkan PAS tersingkir daripada gabungan parti pembangkang.

Tuduhan itu dibuat kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal di Pulau Pinang.

PKR tidak yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan penguasaan di Pulau Pinang kerana akan berlaku pertadingan tiga penjuru dengan PAS.

DAP mahu mengadakan PRN lebih awal bagi memperkukuhkan kedudukan parti itu di Pulau Pinang disebabkan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berhadapan perbicaraan kes rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah.

PAS sebenarnya disingkirkan oleh PKR dan DAP daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.

“Fokus kuatkan Pakatan Harapan yang sudah terbina bukan berlakon bersama Pakatan Harapan tetapi lebih nak menjaga perasaan mereka diluar pakatan. Jangan jadi hipokrit,” kata Mohd. Fakhrulrazi lagi. – mynewshub.cc

Tags: PANPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd