• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pameran MATTA Edisi September Sasar 100,000 Pengunjung

oleh Ahmad Albab
18/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) optimis akan mencapai sasaran 100,000 pengunjung sepanjang Pameran MATTA yang akan berlangsung tiga hari mulai 2 Sept ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MATTA Phua Tai Neng yakin sasaran itu boleh dicapai di sebalik persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar.

“Kami menyasarkan perolehan jualan kira-kira RM200 juta bagi edisi September ini iaitu setara dengan edisi pada Mac lepas,” katanya pada persidangan akhbar di ibu pejabat MATTA di sini hari ini.

Pameran dua kali setahun itu akan diadakan dari 2 hingga 4 Sept di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, dan dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 9 malam.

Sebanyak 382 pertubuhan, ejen pelancongan, serta pengusaha taman tema dan hospitaliti akan menyertai acara itu dengan 1,206 ruang pameran.

Smart Online Travel Assistant (SOTA) akan menjadi rakan teknologi rasmi, dan LEGOLAND Malaysia Resort and Themed Attractions, Resorts & Hotels (TAR&H) pula rakan taman tema bagi pameran berkenaan.

Setiausaha Agung MATTA Nigel Wong berkata perkongsian dengan SOTA, sebuah portal pelancongan yang menghimpunkan ejen pelancongan ke platform dalam talian tunggal, akan memberi promosi meluas kepada industri pelancongan dan pengembaraan menerusi pameran itu.

Beliau berkata LEGOLAND, sebuah subsidiari TAR&H, akan mengendalikan empat ruang pameran bersempena pelancaran besar-besaran ‘Lego Ninjago: The Ride’ pada November.

“TAR&H akan turut membawa Sanrio Hello Kitty Town dan KidZania Kuala Lumpur masing-masing dengan dua ruang pameran,” katanya.

Pada edisi Mac lepas di PWTC, Pameran MATTA mencatat jualan keseluruhan sekitar RM200 juta dengan kedatangan 113,121 pengunjung. – BERNAMA

Tags: MATTA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kren Tumbang Di Makkah Tiada Motif Jenayah – Mahkamah

Next Post

T’ganu Catat Peningkatan Kes Denggi, Tiada Kritikal

Related Posts

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

27/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus memantau dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan bagi...

Jangan Diskriminasi Segmen Umrah

31/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen–Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengambil tindakan tergesa-gesa termasuk...

Next Post

T'ganu Catat Peningkatan Kes Denggi, Tiada Kritikal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd