• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Catat Peningkatan Kes Denggi, Tiada Kritikal

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan sebanyak 1,632 kes demam denggi setakat Selasa iaitu peningkatan sebanyak 141.1 peratus iaitu 677 kes berbanding tempoh sama, tahun lepas.

Pengarahnya Dr Mohammad Omar berkata walaupun jumlah itu masih tinggi berbanding 2015, namun pihaknya lega kerana tiada lagi jangkitan denggi yang kritikal seperti mana berlaku pada awal tahun ini.

“Cuma ada satu kawasan wabak ketika ini iaitu di sekitar Masjid Abdul Kadir dekat Gong Tok Nasek di sini yang telah mencatat 13 kes demam denggi setakat ini.

“Jabatan sedang melakukan pelbagai usaha untuk memastikan wabak itu dapat dihentikan segera,” katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Mengikut rekod, Kuala Terengganu mencatat kes demam denggi tertinggi iaitu 1,020 kes diikuti Kuala Nerus (197), Marang (135), Dungun (100), Kemaman (69), Besut (62), Hulu Terengganu (30) dan Setiu (19).

Dr Mohammad berkata orang ramai perlu membantu Jabatan Kesihatan untuk sama-sama membanteras denggi dengan mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan perumahan mereka.

“Namun, saya agak terkilan kerana masih terdapat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang masih belum menubuhkan pasukan COMBI (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) walaupun ia adalah arahan dari Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman untuk membanteras denggi.

“Di Kuala Terengganu, hanya 135 dari 193 JKKK sudah berbuat demikian manakala di Kuala Nerus pula 85 dari 99 JKKK telah menubuhkan COMBI.

“Jabatan sangat berharap agar JKKK yang masih belum menubuhkan COMBI agar dapat menubuhkannya sebelum akhir tahun ini supaya dapat membantu tidak berlaku lagi wabak denggi yang berbahaya seperti awal tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd