• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kren Tumbang Di Makkah Tiada Motif Jenayah – Mahkamah

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Biro Penyiasatan dan Pendakwaan Awam (BIP) menolak sebarang motif jenayah di sebalik insiden kren tumbang di Masjidil Haram, September lalu.

Menurut sumber mahkamah, yang membicarakan 14 suspek dalam kes itu, BIP juga menolak alasan angin kencang dan petir sebagai punca utama kren seberat 1,300 tan itu tumbang.

Biro itu, bagaimanapun percaya kren berkenaan ditempatkan pada kedudukan yang salah ketika ia dipukul angin kencang melebihi 80 kilometer sejam.

“Kedudukan kren itu bercanggah dengan arahan yang terkandung dalam manual operasi syarikat pembinaan itu,” kata BIP.

Beratus-ratus jemaah terbunuh dan cedera dalam tragedi itu. Menurut BIP, kesilapan dikesan pada kedudukan lengan kanan kren yang berada pada sudut 85 darjah.

Memetik manual operasi, biro menjelaskan, lengan kanan itu sepatutnya ditarik ke bawah setiap kali ia tidak digunakan dan juga ketika cuaca buruk.

Laporan akhbar menyebut, enam daripada 14 yang dibicarakan adalah rakyat Saudi, termasuk seorang jutawan, manakala selebihnya adalah dua warga Pakistan, serta masing-masing seorang warga Kanada, Jordan, Palestin, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Filipina.

Defendan dituduh atas kecuaian, merosakkan harta benda awam dan mengabaikan garis panduan keselamatan. Nama defendan tidak didedahkan kepada umum. – Agensi

Tags: Makkah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd