• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Orang Lain Hendak Menyibuk Ambil Tahu Ni Kenapa?”

oleh Ahmad Albab
18/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Itu antara saya dan apa yang perlu diperbincangkan adalah antara saya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Yang orang lain hendak menyibuk ambil tahu ini kenapa?”

Demikian titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila ditanya mengenai isu FAM dan `pendrive’ yang pernah dibangkitkan baginda melalui media sosial sebelum ini hingga menjadi polemik dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Titah Tunku Ismail, baginda tidak akan mendedahkan orang yang memberikan maklumat yang terkandung dalam `pendrive’ tersebut kerana baginda mahu tahu cerita sebenar dan dalam masa sama menyelamatkan individu yang memberikan maklumat itu.

“Pada saya, individu yang tidak bertanggungjawab dan masih berada dalam organisasi itu sepatutnya berundur. Bagaimanapun, satu hari nanti mereka tetap akan berundur dan digantikan dengan muka baru dalam FAM dalam masa terdekat,” titah baginda dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Tunku Ismail dalam pada itu menjelaskan Piala Malaysia adalah piala yang berprestij tetapi ia bukan sasaran JDT pada musim ini kerana fokus utama JDT tahun ini adalah menjuarai Liga Super Malaysia dan Piala FA serta memasuki saingan Piala AFC.

Baginda dalam pada itu melahirkan kekecewaan dengan bilangan kehadiran penonton di Stadium Larkin yang berkurangan sejak kebelakangan ini berbanding sewaktu pasukan itu mula meningkat naik.

“Dulu semasa kita baru sama-sama bina kelab, saya nampak banyak potensi bahawa kelab ini boleh menjana kewangan. Dan apabila saya lihat dengan perangai penyokong, bila saya nak buat stadium 30,000-35,000, ramai bising kenapa kecil sangat? Sedangkan pada perlawanan semalam pun tak sampai 7,000 orang yang hadir.

“Ini bukan kali pertama tetapi sejak awal musim lagi saya sudah perasan. Perkara sama berlaku sejak tahun lepas. Jangan jadikan ‘waktu bekerja’ sebagai alasan kerana ketika penyokong yang memenuhi stadium pada tahun 2013 dan 2014 semuanya tidak bekerja ke?” titah baginda.

Justeru, Tunku Ismail mengingatkan para penyokong JDT jika mahu kelab itu terus kuat, mereka perlu membantu sebagai penyokong dan tidak hanya menunggu perlawanan tertentu untuk hadir ke stadium.

“Berkenaan penjualan tiket `online’, JDT sudah hampir melaksanakan proses pembelian menggunakan kaedah tersebut bagi memudahkan penyokong pada masa akan datang. Tetapi sekiranya selepas itu juga masih tidak penuh, saya rasa stadium baru nanti saya nak bina hanya untuk 10,000 orang sahaja,” titah baginda. – Mynewshub.cc

Tags: FAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd