Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Hina Malaysia: FAM Hantar...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menghantar surat bantahan...

Lapan Daerah Zon Jingga...

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu berhasil...

Pembantu Ahli Parlimen Diarah...

KUALA LUMPUR : Seorang pembantu kepada ahli Parlimen DAP dari Sarawak diarahkan keluar...

Mahathir Sedia Serah Jawatan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai...

Olimpik: Atlet Angkat Berat Armenia Terkehel Siku

RIO DE JANEIRO – Atlet angkat berat Armenia, Andranik Karapetyan dikejarkan ke hospital selepas sikunya terkehel ketika saingan kategori 77 kilogram (kg) lelaki di Olimpik Rio.

Atlet berumur 20 tahun itu dalam pemburuan pingat gangsa apabila dia cuba melakukan angkatan 195kg dalam acara clean and jerk.

Ketika sedang cuba melakukan angkatan, tulang siku kirinya kelihatan terkeluar dan Karapetyan menjerit kesakitan sebelum diberi bantuan di atas pentas oleh pasukan kejurulatihan.

Tidak lama selepas itu, dia kemudian dibawa menaiki ambulans menggunakan pengusung, dengan beberapa rakan pasukannya dan pegawai Armenia kelihatan sedih.

Acara itu dimenangi atlet Kazakhstan, Nijat Rahimov sementara Lyu Xiaojun dari China membawa perak manakala Mohamed Mahmoud dari Mesir memperoleh gangsa.


Kejadian itu berlaku selepas atlet angkat berat wanita China terlepas barbell yang diangkat seberat 118kg dan terjatuh di belakang kepalanya. Insiden itu berlaku dalam saingan 69kg wanita. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori