Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Guna Kad PR Palsu,...

PETALING JAYA - Dua lelaki warganegara Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan...

GST: Kerajaan Dicadang Perkenal...

KOTA KINABALU - Kerajaan dicadang memperkenalkan sistem resit atau bil standard dan seragam...

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

JOHOR BAHARU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis bunga api...

‘Gabung Amanah-PKR Untuk Lawan...

Seminggu selepas kekalutan pilihan raya negeri (PRN) Melaka berlabuh, timbul cadangan agar dua...

Namewee Kini Berada Di Luar Negara – Polis

GEORGE TOWN – Polis telah mengenal pasti tiga lagi lelaki yang turut terlibat dalam video klip lagu ‘Oh My God’ oleh Namewee yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata polis kini sedang mengesan ketiga-tiga lelaki yang dikenal pasti sebagai warga asing itu.

Beliau berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, kini berada di luar negara.

“Polis telah pergi ke dua alamat Namewee iaitu di Kuala lumpur dan Selangor tetapi dia tiada…kami tunggu dia balik untuk rekod keterangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Supt Maidu Abdu Bakar yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua JSJN Melaka menerima tugas sebagai Ketua JSJN PUlau Pinang daripada Timbalan Ketua JSJN Pulau Pinang DSP Ng Ah Thian yang memangku jawatan itu.

Abdul Ghafar berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa lagi individu yang merupakan pengarah, penerbit dan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan video klip itu.


Beliau berkata setakat ini polis telah merekod keterangan empat individu terdiri daripada jawatankuasa masjid, tokong dan gereja yang digunakan Namewee dalam klip video itu.

Klip video berdurasi 4.05 minit memaparkan empat lelaki menyanyi dalam bahasa Mandarin yang didakwa menghina agama Islam itu menjadi viral dan sehingga semalam, sebanyak lima laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Ghafar berkata polis akan memperketat kawalan keselamatan di Stadium Bandaraya, di sini pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Johor Darul Takzim (JDT), esok.

Lebih 200 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan bertugas sepanjang perlawanan itu dan penyokong bola sepak diberi amaran agar menjaga tingkah laku serta tidak membuat provokasi semasa perlawanan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori