• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT: Kerja Meroboh Ampang Park Ditangguh Sementara

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan 39 pemilik strata pusat beli-belah Ampang Park untuk menangguhkan sementara kerja-kerja meroboh pusat beli-belah itu bagi projek pembinaan MRT Stesen Ampang Park.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamarnya dan memerintahkan bahawa pentadbir tanah tidak boleh mengeluarkan Borang K iaitu pengambilan tanah sehingga 28 Sept 2016.

Peguam Jason Ng Kau yang mewakili 39 pemilik strata pusat beli-belah itu berkata dengan keputusan itu ia bermakna Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan pentadbir tanah tidak boleh mengambil milikan pusat beli-belah itu serta merobohkannya sehingga pendengaran kedua-dua pihak bagi penangguhan pelaksanaan pengambilan tanah, pada 28 Sept.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding kes itu hari ini, yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan.

Tiga puluh sembilan pemilik strata itu memohon penangguhan itu sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Jun lepas yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka bagi mencabar pengambilan tanah untuk projek pembinaan MRT Stesen Ampang Park.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pengambilan tanah itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Pada 8 Jan lepas, 39 peniaga berkenaan memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan; Kerajaan Malaysia; Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Bagaimanapun, pada 20 Jan lepas, kumpulan itu menggugurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman itu.

Mereka memohon deklarasi bahawa Borang D bertarikh 17 Ogos 2015 dan Borang E bertarikh 22 Okt 2015 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dikeluarkan responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 18 April lepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MRT Corp sebagai pencelah dan dinamakan sebagai responden dalam saman itu. – BERNAMA

Tags: Ampang ParkMRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bunuh Wanita Perancis: Hukuman Mati Peniaga Kekal

Next Post

Malaysia Batal Hos Kongres FIFA, Enggan Iktiraf Israel

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

Next Post

Malaysia Batal Hos Kongres FIFA, Enggan Iktiraf Israel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd