• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Tiada Bukti MH370 Sengaja Dijunam Ke Laut

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tidak terdapat bukti yang menyokong bahawa pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sengaja dijunamkan ke laut, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai usaha mencari MH370 di dasar laut selatan Lautan Hindi, merumuskan suatu teori bahawa pesawat itu berada dalam ‘keadaan tidak dikawal ketika mendarat di air’.

“Ini mematahkan teori bahawa ia berada dalam ‘keadaan dikawal’ yang disiarkan baru-baru ini,” katanya merujuk kepada laporan yang memetik seorang penyiasat nahas udara bahawa MH370 dengan sengaja dijunamkan ke laut.

Perkara itu berdasarkan keadaan hakisan pada tepi bahagian sayap yang dijumpai.

Laporan berkenaan membuat andaian bahawa bahagian dikenali sebagai flaperon itu hanya boleh dikembangkan oleh juruterbang yang mengawal sepenuhnya sesuatu pesawat.

Mengenai simulator penerbangan di rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, Liow berkata laluan penerbangan ke selatan Lautan Hindi yang diperoleh daripada simulator itu hanya satu daripada beribu-ribu laluan yang terdapat di dalamnya.

“Tidak ada keterangan untuk membuktikan bahawa Kapten Zaharie menerbangkan pesawat berkenaan di kawasan itu. Simulator berkenaan digunakan juruterbang itu untuk tujuan cuba-cuba di banyak kawasan. Terdapat banyak simulasi ke pelbagai destinasi.

“Memang terdapat simulasi menunjukkan ia terbang ke banyak bahagian dunia dan tempat itu (selatan Lautan Hindi) adalah satu daripadanya. Kami tidak boleh buat pengesahan berdasarkan perkara itu,” katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu belum dijumpai walaupun gerakan mencari secara besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan ia dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asal.

Pada 22 Julai, Malaysia, China dan Australia bersetuju menggantung dan bukan menamatkan usaha mencari Penerbangan MH370 selepas gerakan mencarinya selesai dilakukan di kawasan keutamaan seluas 120,000 kilometer persegi, yang mungkin dapat disempurnakan pada Oktober atau Disember ini.

Mengenai flaperon yang dijumpai di La Reunion Island pada Julai tahun lepas, Liow berkata pihak berkuasa Perancis bertegas mereka ingin menyimpannya untuk keterangan di mahkamah.

“Sementara itu, pihak berkuasa Perancis masih menjalankan penyiasatan serta dalam proses membuat pengesahan lanjut tentang flaperon berkenaan dan sedang menunggu beberapa dokumen serta maklumat daripada beberapa pihak berkuasa, termasuk Boeing.

“Pihak berkuasa Perancis memang mempunyai hak untuk menyimpan flaperon itu, tetapi kami mahu ia dipulangkan kepada Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa tiada tempoh masa ditetapkan untuk pihak berkuasa Perancis berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd