• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Perak Edar 250 Jalur Gemilang Kepada Orang Ramai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Majlis Amanah Rakyat (Mara) Perak hari ini mengedarkan 250 Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena program Moh Ngeteh sambutan Hari Kebangsaan Pejabat Mara negeri di pintu utama Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini.

Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Keusahawanan) Mara Perak Mohamad Faizal Mohamad Zin berkata program itu diadakan sebagai usaha menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah itu selain memupuk elemen dan kesedaran kepada orang ramai berkaitan kemerdekaan.

“Seramai 52 kakitangan Mara dan Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Perak, usahawan serta penyewa mengedarkan Jalur Gemilang itu kepada orang ramai di UTC,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selain mengedarkan bendera, pihaknya juga mengadakan majlis tazkirah bertajuk ‘Erti dan Makna Kemerdekaan’ yang disampaikan oleh Guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong Muhammad Nazri Yaacob di Pejabat Mara negeri di sini.

Program anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu melibatkan semua Bahagian/Unit/Agensi di bawah kementerian itu dan ia diadakan serentak di seluruh negara hari ini. – BERNAMA

Tags: jalur gemilangMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai murid didakwa sudah tidak lagi memakai lencana besi Jalur Gemilang yang diberikan sebelum ini kerana rosak,...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd