• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Bom: Tiada Petunjuk Kad Sim Dari Malaysia

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kad sim dan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket, Thailand, belum menemukan sebarang bukti kukuh menunjukkan kad itu berasal dari Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setiap kad SIM yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Malaysia mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu namun kad SIM berkenaan tidak memiliki ciri tersebut.

“Kita sudah buat pemeriksaan terhadap kad SIM itu dan juga telefon itu tetapi setakat ini ia tidak ada cukup bukti yang kad SIM itu dari Malaysia,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (ICBOS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bagaimanapun, Khalid berkata siasatan PDRM belum selesai sepenuhnya.

Media melaporkan bahawa Thailand meminta Malaysia untuk membantu menyiasat sebuah telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket pada Jumaat lepas yang didakwa berasal dari Malaysia.

Laporan Bernama yang memetik sumber itu berkata serpihan telefon bimbit bersama-sama nombor sirinya telahpun diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd