• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Dalam Kejadian Tetak Di Seremban

oleh Ahmad Albab
08/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam kejadian tetak di Taman Angsamas, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Zaki Harun berkata dalam kejadian pada pukul 8.30 malam, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 36 dan 39 tahun, diserang sekumpulan lelaki yang dikenali menggunakan senjata tajam dipercayai parang.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan bahagian kiri leher, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang turut cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Keadaannya dilaporkan stabil.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan empat orang suspek dengan tangkapan pertama dibuat pada pukul 9.30 malam hari yang sama dan menjumpai motosikal yang digunakan suspek ketika kejadian.

“Daripada tangkapan pertama, kita berjaya menahan seorang lagi suspek pada pukul 10 malam yang turut memukul mangsa dan merampas sebatang rotan yang digunakan.

“Lajutan daripada itu, kita telah membuat pengesanan di beberapa lokasi dan akhirnya suspek utama yang berusia 23 tahun datang menyerah diri di balai polis Seremban awal pagi tadi,” katanya.

Mohamad Zaki berkata polis turut menahan isteri suspek utama berusia 26 tahun yang membawa polis ke sebuah kawasan di Kuala Sawah, tempat senjata yang digunakan itu dibuang.

Polis kini giat memburu dua lagi rakan suspek yang telah dikenal pasti identitinya, katanya.

Beliau berkata motif kejadian dipercayai akibat pergaduhan antara rakan memandangkan kesemua mereka yang terlibat mengenali antara satu sama lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: kes tetakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Berang Dibunyikan Hon, Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Guna Pisau Pemotong Daging

Berang Dibunyikan Hon, Lelaki Tetak Penunggang Motosikal Guna Pisau Pemotong Daging

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SHAH ALAM – Tindakan seorang penunggang motosikal membunyikan hon dipercayai kerana laluan dihalang bertukar menjadi insiden berdarah apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd