• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cedera Diserang Buaya Di Sungai Gong Ketereh

oleh Ahmad Albab
23/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Seorang tukang perabut nyaris maut selepas diserang buaya ketika membersihkan jala di tepi Sungai Gong Ketereh, di sini.

Ibrahim Nor, 58, berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam pada Ahad lepas, beliau bersama tiga rakannya sedang membersihkan sampah yang melekat pada jala tersebut selepas menjala udang galah di sungai berkenaan.

“Ketika saya sedang membersihkan jala, tiba-tiba lutut dan betis saya digigit buaya. Selepas bergelut seketika, saya dapat melepaskan diri dan naik ke tebing sungai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tualang Rendah di sini, hari ini.

Ibrahim berkata tiga rakannya itu kemudian segera membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis di sini.

Akibat insiden itu, beliau cedera di paha, betis dan lutut kiri sepanjang kira-kira 20 sentimeter akibat gigitan reptilia itu.

Ibrahim berkata, beliau sedia maklum sungai berkenaan ada buaya kerana sebelum ini penduduk pernah melihat reptilia tersebut namun tidak menyerang mereka.

“Saya menangkap udang galah di sungai ini sejak 12 tahun lalu namun tidak pernah diserang buaya. Penduduk sekitar pernah mengingatkan saya supaya berhati-hati ketika menjala di sungai itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata pasukan peninjau jabatan itu akan dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya segera melaporkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan reptilia tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: BuayaNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd