• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keseragaman Caj Akan Kurangkan Kos Perjalanan Udara

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menghapuskan perbezaan dalam caj perkhidmatan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan membantu dalam mengurangkan kos perjalanan udara, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

“Tiada alasan untuk perbezaan itu kerana kemudahan dan perkhidmatan di kedua-dua terminal tersebut adalah setanding,” kata Vinoop Goel, Pengarah Serantau, Lapangan Terbang, Penumpang, Kargo dan Keselamatan, Asia Pasifik, IATA.

Oleh itu, IATA mengekalkan pendiriannya dengan menggesa kerajaan untukmenghapuskan perbezaan caj perkhidmatan penumpang di KLIA dan KLIA2.

Caj bagi penumpang antarabangsa di KLIA ialah RM33 (US$8.25) lebih bagi setiap penumpang berbanding di KLIA2.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd( MAS) yang baharu, Peter Bellew yang menggesa caj perkhidmatan penumpang yang sama di KLIA dan KLIA2, dan menyatakan caj sekarang ini sama sekali anti-persaingan.

“Kami telah menulis kepada Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk menggesa kerajaan menghapuskan perbezaan tersebut di KLIA dan KLIA2,” Goel memberitahu Bernama hari ini.

IATA adalah persatuan perdagangan yang berpusat di Geneva bagi syarikat penerbangan dunia dengan 265 ahli yang terdiri daripada 83 peratus daripada jumlah trafik udara.

Dalam kajian, IATA berkata dasar mengenai fi dan caj perlu memudahkan pertumbuhan industri itu.

Sektor penerbangan turut dijangka menyokong satu juta pekerjaan Malaysia dan aktiviti ekonomi bernilai US$26 bilion menjelang 2035, dua kali ganda berbanding hari ini, menurut kajian itu.

Pengasas dan Perunding Penerbangan di Malaysia, Endau Analytics, Shukor Yusof berkata ia terpulang kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan mengenainya tetapi perbezaan RM33 itu akan bermakna jumlah pelancong yang melakukan penerbangan keluar dari KLIA berkurangan.

Beliau berkata wajar bagi MAS untuk membuat permohonan bagi caj yang seragam.

Goel berkata menghapuskan perbezaan itu turut sejajar dengan prinsip Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang menyatakan bahawa tidak seharusnya wujud diskriminasi jika syarikat penerbangan mengakses tahap kemudahan dan perkhidmatan yang sama.

“Sebagai ahli Majlis ICAO, penting bagi Malaysia untuk berpegang kepada prinsip ini,” katanya.

ICAO, yang berpusat di Montreal, merupakan sebuah agensi khusus Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyediakan piawaian, peraturan dan prosedur bagi penerbangan antarabangsa.

Goel, bagaimanapun, berkata terdapat juga keadaan iaitu caj dibenarkan bagi terminal tambang rendah untuk mempunyai PSC yang berbeza daripada terminal utama.

Narita dan Kansai misalnya, terminal tambang rendah yang mempunyai tahap kemudahan dan perkhidmatan yang rendah, pada masa sama lebih sukar untuk diakses berbanding terminal lain.

Katanya keutamaan kerajaan adalah mengurangkan kos perjalanan udara.

IATA berkata peluang pekerjaan dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar adalah rendah jika infrastruktur yang diperlukan tidak boleh didapati dan jika dasar termasuk fi dan caj, tidak memudahkan pertumbuhan industri itu. – BERNAMA

Tags: IATAKLIAKLIA2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd