JIKA anda seorang yang selalu bersiar-siar, maka tidak salah untuk lebih berhati-hati dalam menjaga barang peribadi.
Semasa berjalan pastinya barang yang menjadi salah satu milik anda tidak akan pergi jauh daripada genggaman tangan anda.
Namun, bagaimana jika telefon bimbit anda hilang semasa bercuti?
Media tempatan di China melaporkan, Zhang Xiaoliang bersama kekasihnya mengalami nasib malang ketika sedang bercuti ke Beijing.
Ketika berjalan-jalan di Yuyuan Garden, mereka baru menyedari bahawa iPhone-nya hilang semasa makan tengah hari.
Setelah membuat laporan polis tempatan, polis mensyaki telefon bimbit pasangan itu terjatuh.
Namun, pengesanan GPS pada telefon bimbit Zhang menunjukkan telefon bimbitnya berada di tempat sampah.
Beruntungnya, apabila 15 pekerja pembersihan membantu untuk mencari telefon bimbit Zhang pada tompokan sampah.
Zhang yang berkongsi pengalaman dirinya kehilangan telefon bimbit ketika travelling melalui sebuah artikel bertajuk ‘The coolest cleaners ever’Â atau bermaksud tukang kutip sampah paling hebat pernah dilihat.
Dalam artikel tersebut, dia menceritakan dirinya banyak terima kasih kepada orang ramai yang telah membantunya.
“Kami benar-benar tersentuh kerana mereka bersedia menghabiskan masa yang cukup lama untuk mencari telefon bimbit kami. Saya sangat menghargainya.
“Anda adalah kebanggaan negara. Terima kasih banyak, pekerja paling baik yang pernah saya jumpa.” – MYNEWSHUB.CC