• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Tingkat Saringan Kesan Virus Zika

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Kementerian Kesihatan akan meningkatkan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa di Johor berikutan kes pertama virus Zika membabitkan rakyat Malaysia di Singapura.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata saringan kesihatan itu juga akan dijalankan di terminal penerbangan tempatan yang menerima penerbangan terus dari Singapura, seperti Pulau Pinang dan Langkawi.

“Memang kita sudah ada pasukan yang menjalankan saringan kesihatan di pintu masuk Johor tetapi kita akan tambah jumlah anggota kesihatan bagi menjalankan pemeriksaan bagi mengesan virus Zika.

“Kita turut menjalankan ‘tremor scan’ di terminal penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail dan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Rozainum Ahmad.

Semalam, seorang wanita warga Malaysia berumur 47 tahun yang tinggal di Singapura dikesan positif virus Zika walaupun telah memaklumkan tidak pernah berkunjung ke negara yang dijangkiti virus itu.

Dr Hilmi berkata sehingga kini tiada kes virus Zika dikesan hasil pemeriksaan secara rambang terhadap lebih 700 orang sejak Jun 2015.

“Sejak Jun 2015 hingga 26 Ogos lalu, kita telah menjalankan pemeriksaan secara rambang terhadap 752 orang dengan menjalankan ujian dan menghantar sampel yang diambil di makmal-makmal dan hasilnya semua didapati negatif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berharap pengendali kantin di semua sekolah mengikuti Prosedur Operasi Standard yang telah disediakan oleh kementerian bagi mengelak daripada berlakunya kes keracunan makanan.

“Sejak akhir-akhir ini banyak kes keracunan makanan berlaku jadi kita minta pihak pengurusan kantin mengikut langkah yang telah kita sediakan dan sekiranya gagal tindakan boleh diambil,” katanya.

Seramai 224 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertai program tersebut. – BERNAMA

Tags: KKMvirus zika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd