• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Teliti Kontrak Terbaharu Lim Teong Kim

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini berada dalam proses terakhir untuk memperbaharui kontrak Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin kontrak Teong Kim selama tiga tahun yang akan berakhir hujung Oktober ini akan dapat diperbaharui.

“Kini kita sedang perhalusi kontraknya, ini adalah perkara biasa selepas kontrak itu tamat…mesti ada rundingan semula berdasarkan kepada prestasi, sasaran dan sebagainya.

“Teong Kim telah menyatakan kesediaannya untuk terus bersama dengan NFDP… malah beliau telah maklumkan bahawa mahu bersama NFDP selama lima tahun lagi,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini.

Khairy berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Teong Kim dan lebih adil jika beliau diberikan peluang untuk membawa pasukan NFDP sehingga sekurang-kurangnya layak ke Piala Dunia Bawah 19 tahun pada 2019 nanti.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau telah melantik beberapa tenaga pengajar dari Eropah untuk membantu Teong Kim mengendalikan jurulatih dari seluruh negara.

“Beliau akan dibantu oleh pakar-pakar lain dari luar negara. Kita akan umumkan beberapa lantikan baharu sebab kalau hanya harapkan beliau sahaja untuk bantu jurulatih di seluruh Malaysia, ia agak sukar buat beliau,” katanya. – BERNAMA

Tags: KBS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd