Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pulau Legenda Mahsuri Juga...

LANGKAWI - Hari sudah semakin terik, namun tidak ada seorang pun mengeluh letih...

Lelaki Dipukul Sampai Mati...

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas dibelasah dengan kayu oleh sekumpulan lelaki yang marah setelah...

Isu Bagasi: Tiada Lagi...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi penangguhan penerbangan disebabkan masalah pengendalian bagasi di Lapangan...

GAMBAR: Mohon Jangan Keliru…Ini...

TATKALA melihat gambar ini, kami pasti nama pertama yang akan muncul di fikiran...

Kantoi Jual Air Ketum Depan Rumah

BAGAN SERAI – Kegiatan dua sekawan yang menjual air ketum di hadapan rumah di Kampung Parit Haji Amin, di sini terbongkar apabila mereka ditahan dan 40 bungkus air ketum dirampas, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik berkata, dalam serbuan jam 5 petang itu, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian membuat serbuan ke sebuah rumah kampung didiami salah seorang suspek.

Menurutnya, polis berjaya merampas 40 bungkus air ketum dalam anggaran 17.5 liter yang dipercayai baru diproses untuk diedarkan di sekitar kawasan Kuala Kurau.

“Ketika serbuan, kedua-dua suspek yang berkawan itu dipercayai baru hendak ‘buka kedai’ untuk menjual air ketum.

“Kedua-dua warga tempatan itu berusia antara 24 sehingga 39 tahun dan dipercayai memproses sendiri air ketum dan memperoleh bekalan daun ketum dari kawasan berhampiran,” katanya di IPD Kerian semalam.

Turut hadir Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kerian, Asisten Superintendan Frediel Anak Nyambong.

Mohd Radzuan berkata, polis menganggarkan keseluruhan rampasan peket berisi air ketum bernilai RM200 mengikut pasaran semasa.

Menurutnya, suspek dikesan menjalankan kegiatan menjual air ketum itu sejak tiga bulan lalu dan dipercayai menjual sepeket air ketum dengan harga RM5.

“Siasatan latar belakang kedua-dua suspek mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana memiliki bahan-bahan beracun iaitu mitragynine dan jika disabitkan kesalahan, kedua-dua suspek boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun.


“Tangkapan ini adalah hasil kerjasama awam di samping pengumpulan risikan dan polis sememangnya berusaha memastikan gejala penyalahgunaan air ketum dapat dibendung sepenuhnya di daerah Kerian terutama dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Mohd Radzuan berkata, statistik rekod tangkapan dan rampasan polis terhadap penyalahgunaan air dan daun ketum pada enam bulan pertama tahun ini menunjukkan tren penurunan iaitu 73,450 liter berbanding 164,516 liter tahun lalu.

“Bagi rampasan daun ketum, polis merampas 26,587.39 gram tahun lalu, berbanding rampasan 4,200 gram bagi bulan Januari hingga Jun tahun ini.

“Mengenai tangkapan suspek terlibat air ketum, sebanyak 73 pesalah dicatatkan sepanjang tahun 2015 berbanding hanya 19 orang bagi tempoh Jan-Jun tahun 2016.

“Tahun 2016 turut menyaksikan tiada suspek pelajar sekolah dikesan terlibat masalah air ketum dan tren penurunan tercapai hasil tindakan operasi berterusan polis membanteras kegiatan itu,” katanya.

Mohd Radzuan turut meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat terhadap sebarang bentuk kegiatan penjualan daun atau air ketum kepada polis bagi membolehkan tindakan segera diambil. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori