• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan PPK Maut Disengat Ratusan Tebuan Tanah

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai, Jerteh meninggal dunia petang semalam selepas disengat ratusan ekor tebuan tanah ketika melakukan kerja membajak di Kampung Gong Medang, dekat sini, Isnin lalu.

Mangsa, Mohamad Ishak, 61, yang kritikal dan koma meninggal dunia pada kira-kira 2.20 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Isteri mangsa, Mariam Ahmad, 54, yang dihubungi berkata suaminya disengat tebuan apabila jentera bajaknya terlanggar sarang tebuan tanah ketika sedang membajak tanah pertanian di kampung tersebut.

“Suami saya yang bekerja dengan PPK Gerai tidak menyedari terdapat sarang tebuan tanah di situ dalam kejadian pada kira-kira 3 petang,” katanya.

Mariam berkata suaminya tidak sempat melarikan diri menyebabkan dia dihurung dan disengat tebuan tersebut tetapi beliau masih sempat menghubungi anaknya.

“Ketika anak saya tiba di situ keadaan suami amat lemah tetapi masih sedar sebelum arwah dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan,” katanya.

Katanya, suaminya kemudiannya di rujuk ke HSNZ pada petang hari Selasa untuk rawatan lanjut tetapi meninggal dunia petang semalam.

Jenazah dibawa pulang ke Kampung Lapan Kotak dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung itu selepas Isyak, semalam.

Mohamad meninggalkan seorang balu dan 11 anak berusia 11 hingga 38 tahun. – BERNAMA

Tags: mauttebuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Tercampak Roller Coaster

Next Post

Leka Bermain Pokemon GO, 2 Lelaki Parah Dilanggar

Related Posts

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post

Leka Bermain Pokemon GO, 2 Lelaki Parah Dilanggar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd