• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Batang Sg. Sadong Jangka Mula Diguna Oktober

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASAJAYA – Jambatan Sungai Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer berharga RM211.3 juta dijangka dibuka untuk kegunaan umum menjelang minggu pertama bulan Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata pembinaan jambatan terpanjang menyeberangi sungai di Malaysia itu yang dimulakan pada 5 Julai 2012 kini 98.52 peratus siap, lebih awal daripada yang ditetapkan dan dijadual siap sepenuhnya pada 4 Okt 2016.

Apabila siap kelak, jambatan itu semestinya memberi keselesaan kepada penduduk Simunjan dan Sebuyau untuk berulang-alik ke bandar Kuching sejauh kira-kira 80 km, katanya ketika meninjau perkembangan pembinaan jambatan itu di Kampung Sungai Buluh, kira-kira 80 km dari Kuching, hari ini.

Nancy, yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong, berkata pembinaan jambatan berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011 ketika lawatan beliau ke kawasan Batang Sadong.

“Saya amat berterima kasih kepada perdana menteri kerana meluluskan projek yang amat dinantikan oleh rakyat di kawasan ini serta pihak Jabatan Kerja Raya kerana bersungguh-sungguh untuk memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Di samping itu, Nancy berkata pembinaan jambatan itu juga memendekkan perjalanan dari Kuching ke Sibu kira-kira 2 jam setengah berbanding lapan jam sekarang.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya Aidel Lariwoo yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan projek berkenaan yang sudah tentu memberi kesenangan kepada rakyat di kawasan beliau.

“Kesabaran penduduk di sini menunggu pelaksanaan projek jambatan ini amat dihargai,” katanya, dan menambah, ia satu lagi bukti kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: Nancy Shukrisarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd