• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPU Makin Naik, Tanjung Malim Paling Teruk Jerebu

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks pencemaran udara (IPU) di seluruh negara mencatatkan sedikit peningkatan apabila sebanyak  28 kawasan berada pada kedudukan sederhana antara 51 hingga 100 setakat jam 5 petang Selasa.

Menurut laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Tanjung Malim di Perak merekodkan kadar IPU sebagai tidak sihat apabila mencatatkan bacaan yang mencecah 101 pada pukul 4 petang dan ia terus naik lagi kepada 134 selepas satu jam kemudian.

IPU Makin Naik, Tanjung Malim Paling Teruk

Keadaan tersebut agak membimbangkan kepada pesakit berisiko tinggi dengan komplikasi jantung dan paru-paru kerana pada jam 12 tengah hari, IPU di kawasan itu masih baik iaitu 45 sebelum meningkat kepada tahap sederhana iaitu 61 pada jam 3 petang.

Terdahulu, kawasan Kemaman di Terengganu merekodkan IPU yang paling tinggi di Malaysia iaitu 88 atau tahap sederhana pada jam 4 petang berbanding bacaan bawah 80 yang dicatatkan sebelum itu, namun ia kemudian turun kepada 76 pada pukul 5 petang.

Turut mendapat perhatian ialah kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan bacaan 84 atau IPU tahap sederhana pada jam 3 petang namun ia kemudian turun beransur-ansur kepada 77 dan 65 iaitu masing-masing pada pukul 4 petang dan 5 petang.

Tidak ketinggalan ialah kawasan Jerantut di Pahang yang mencatatkan IPU sebanyak 75 pada jam 5 petang walhal sebelum itu ia masih lagi dalam tahap baik iaitu 42 iaitu pada pukul 3 petang dan 4 petang berbanding bacaan tertinggi iaitu 70 pada jam 2 petang.

Setakat ini kawasan sekitar Lembah Klang dan beberapa kawasan lain di Semenanjung Malaysia sepanjang hari merekodkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu pencemaran udara yang tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Suasana agak jerebu turut ‘menutup’ mercu tanda utama Menara Berkembar Petronas di ibu negara tetapi menurut Jabatan Meteorologi, cuaca masih baik dengan hujan dijangka melanda pelbagai kawasan yang terlibat pada lewat petang.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Jaafar dalam kenyataan media berkata, keadaan jerebu kembali melanda beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk beberapa kawasan di Melaka dan Negeri Sembilan pada pagi Selasa.

Kata beliau, keadaan tersebut banyak dipengaruhi oleh aliran jerebu merentas sempadan berikutan banyak asap daripada kebakaran tanah dan hutan di tengah Sumatera, Indonesia yang dibawa oleh angin Monsun Barat Daya.

Bacaan rujukan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 – 100 (sederhana), 101 – 200 (tidak sihat); 201 – 300 (sangat tidak sihat) dan 301 – 400 sebagai berbahaya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: IPUJAS
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Semua Institusi Pendidikan Di Johor Beroperasi Semula Isnin Ini Susulan Penurunan IPU

Semua Institusi Pendidikan Di Johor Beroperasi Semula Isnin Ini Susulan Penurunan IPU

24/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan semua institusi pendidikan di seluruh negeri itu akan beroperasi semula mulai Isnin, 26 Oktober...

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

Ibu Bapa Cadang Sekolah Ditutup Beberapa Hari, Tetapi IPU Berubah Mengikut Masa Dan Lokasi – Fadhlina

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, terdapat ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah ditutup terus untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd