• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

iPhone Meletup, Penunggang Basikal Melecur Di Paha

oleh AK-47
03/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penunggang basikal melecur tahap tiga di bahagian paha kanannya apabila iPhone-nya meletup di dalam poket.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, mangsa, Gareth Clear, 36, sedang menunggang basikal melalui Manly Dam berdekatan dengan Sydney, Australia pada tengah hari Ahad lalu.

Namun kakinya tiba-tiba tergelincir daripada pedal pengayuh basikal menyebabkan dia terjatuh.

Meskipun hanya mengalami kejatuhan yang kecil, tiba-tiba dia menyedari asap keluar daripada bahagian belakang pahanya dan mendapati iPhone miliknya telah terbakar.

iPhone Meletup, Penunggang Basikal Melecur Di Paha

“Tiba-tiba saya mendapati kepulan asap berserta rasa pedih, seolah-olah ada orang menolak satu objek yang besar ke atas paha saya,” katanya.

Tambah Clear lagi, dia tidak dapat menanggalkan Iphone yang terbakar itu dari pahanya dan terpaksa menggunakan penumbuknya untuk mencabutnya.

iPhone Meletup, Penunggang Basikal Melecur Di Paha

Disebabkan kesan melecur yang agak parah, Clear terpaksa dihantar ke Royal North Shore untuk merawat kesan terbakar pada bahagian kanan belakang pahanya itu.

Clear juga terpaksa menghabiskan enam hari di dalam wad untuk membuang sisa-sisa kulitnya yang terbakar akibat letupan telefon berkenaan.

Bagaimanapun, pihak Apple telah menghubungi Clear untuk menyiasat perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AustraliaiPhonemeletup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd