• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan PKR, DAP Masih Baik Walaupun PRN Batal

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Naib Pengerusi PKR Negeri (I), Datuk Rashid Hasnon menafikan parti itu mempunyai kelebihan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN berikutan pembatalan pilihan raya negeri secara mengejut.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bahawa DAP telah membatalkan pilihan raya itu kerana mereka takut kepada PKR walaupun mempunyai kelebihan dalam beberapa kerusi negeri.

PKR hanya mempunyai 10 kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding DAP 19 dan PAS satu.

“Kami membuat keputusan itu secara bersama dan saya hormati dan berterima kasih kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mendengar apa yang hendak dikatakan PKR berhubung pandangan mereka tentang pilihan raya mengejut itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rashid juga berkata walaupun PKR tidak bersetuju dengan idea mengadakan pilihan raya mengejut itu dan kini dibatalkan, pentadbiran negeri masih berfungsi seperti biasa.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut itu dibuat selepas Lim didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah. Bagaimanapun, idea itu dibatalkan pada 31 Julai selepas tidak mendapat sokongan PKR. – BERNAMA

Tags: DAPPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd