• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hsiao Chiu, Si Zirafah Mati Saat Panik Cuba Dipindahkan

oleh AK-47
14/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEEKOR zirafah mati disebabkan terlalu panik setelah dikurung dan dimuatkan ke dalam sebuah trak dalam kejadian cukup pelik di Taiwan.

Zirafah yang dikenali sebagai Hsiao Chiu itu baharu berusia tujuh tahun dari Zoo Taipei sebenarnya cuba dipindahkan ke sebuah zoo swasta bagi proses mengawan.

Sebuah laman antarabangsa melaporkan, Hsiao Chiu meronta-ronta semasa proses pemindahan itu dilakukan dan enggan memasuki kurungan yang disediakan sebelum rebah dan mati di tempat kejadian.

Hsiao Chiu, Si Zirafah Mati Saat Panik Cuba Dipindahkan

Hasil pembedahan yang dijalankan ke atas Hsiao Chiu, dia didapati mengalami tekanan dan gelisah ketika berada di dalam kurungan tersebut menyebabkan kekejangan otot dan kesukaran untuk bernafas.

Situasi tersebut membawa kepada kegagalan jantung dan paru-paru untuk berfungsi dengan baik.

Zirafah merupakan haiwan liar yang mampu hidup menjangkau usia 25 tahun. Manakala zirafah yang dipelihara pula jangka hayat lebih lama 32 hingga 40 tahun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak Zoo Taipei memberitahu bahawa perjalanan asal Hsiao Chiu sepatutnya bermula pada Jun lalu, namun terpaksa ditunda untuk mengurangkan kegelisahannya.

Susulan kematian yang menimpa Hsiao Chiu, aktivis hak asasi haiwan terpanggil untuk memperketatkan lagi perlindungan ke atas haiwan yang dikurung.

“Ini merupakan satu bentuk kecuaian yang membawa maut kepada haiwan dan sepatutnya ia dielakkan,” kata Ketua Persatuan Haiwan dan Alam Sekitar Taiwan, Chen Yu-min.

“Namun ia tetap berlaku,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MATItaiwanZirafah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd