• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hindari Isu Integriti Walau Sekecil Mana Sekalipun

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isu integriti walau sekecil mana sekalipun perlu dihindari kerana ia boleh menjejaskan nama baik kementerian, demikian peringatan diberikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada warga kementerian itu.

Beliau berkata ini kerana jika ada isu integriti, walau sekecil mana sekalipun, berlaku di dalam sesebuah kementerian, yang akan dilaporkan akhbar ialah kakitangan kementerian itu yang sudah tentu akan menjejaskan nama baiknya.

“Bagi kakitangan kementerian ini, saya dengan tegas mengatakan ‘berani buat berani tanggung’ kerana sesiapa yang melakukannya tidak akan sesekali mendapat perlindungan,” katanya semasa berucap pada himpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Majlis yang diadakan bersekali dengan pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat kementerian dan kempen kibar Jalur Gemilang itu turut dihadiri timbalannya Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Ab Rahman.

Terdahulu, Mohd Arif mewakili kementerian menandatangani Ikrar Integriti Korporat, satu komitmen ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang adil, telus dan bebas rasuah sebelum diserahkan kepada Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Mohamad Yusoff Akope.

Ismail Sabri berkata usaha mempromosi nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik perlu dilaksanakan secara konsisten dan Ikrar Integriti yang dilafazkan perlu dijadikan akujanji untuk tidak membenarkan sebarang perbuatan rasuah berlaku dalam apa juga bentuk.

Beliau berkata isu integriti dalam kalangan warga kerja kementerian masih berlaku kerana kebanyakan kakitangan hanya melafazkan ikrar dan ia tentunya tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan amalan yang konsisten.

Ikrar Integriti Korporat merupakan pernyataan terbuka sesebuah organisasi bagi menentang amalan rasuah, selain menzahirkan tekad untuk berusaha ke arah mewujudkan negara yang berprinsip tinggi dan beretika, katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa 10 agensi di bawah kementerian itu telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat sejak Januari 2013 termasuk ikrar oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Institut Kemajuan Desa (Infra) yang ditandatangani hari ini. – BERNAMA

Tags: IntegritiIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd