• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Taska, Prasekolah Wajib Diploma Mulai 2020

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Guru yang mengajar di pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah akan diwajibkan memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma mulai tahun 2020, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata peraturan tersebut akan melibatkan semua pusat asuhan dan prasekolah di bawah agensi kerajaan dan swasta.

“Tempoh berkenaan diberikan bagi membolehkan guru sedia ada yang belum memiliki kelulusan peringkat diploma atau mereka yang berminat untuk mendapatkannya (diploma pendidikan awal kanak-kanak),” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian, di sini hari ini.

Mahdzir berkata setakat ini peraturan tersebut dilaksanakan di peringkat prasekolah di bawah kementerian dan agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.

“Kita hendak selaras bukan sahaja dari segi kurikulum tetapi dari segi profesionalisme perguruan kerana pendidikan awal iaitu pada usia seawal tiga tahun adalah amat penting bagi seseorang kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu Mahadzir mahu Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah melaksanakan program yang boleh menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Beliau berkata selain mengibar bendera Jalur Gemilang, program lain bagi membangkitkan semangat patriotisme dan cintakan negara seperti pertandingan bahas dan pengkisahan sejarah boleh diadakan.

Beliau berharap Sambutan Bulan Kemerdekaan mulai 16 Ogos ini akan mendapat sambutan warga pendidik dan pelajar. – BERNAMA

Tags: GuruMahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd