• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Giat Mara Tolak Naik Umur Bersara Penjawat Awam

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Pengerusi Giat Mara, Datuk Azian Osman berkata cadangan tersebut perlu ditolak kerana ia bakal melambatkan proses kenaikan pangkat bagi kakitangan lain dan menyekat peluang pekerjaan khususnya kepada lepasan institusi pengajian tinggi.

“Sebelum ini kita menyokong tindakan kerajaan menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60, tetapi bila dicadangkan naik sehingga 62 tahun, ia keterlaluan.

“Apabila yang di atas tak keluar-keluar, yang di bawah macam mana hendak naik kerana kenaikan pangkat akan menjadi lambat untuk mereka yang di bawah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur di sini hari ini.

Beliau mengulas usul Pergerakan Wanita Umno bahagian Ipoh Timur yang mahu kerajaan menolak cadangan Cuepacs kerana jika dilaksanakan ia akan menghalang peluang golongan muda mendapat peluang pekerjaan dan seterusnya menyukarkan usaha mengurangkan pengangguran.

Azian yang juga Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur berkata kenaikan umur persaraan dianggap tidak relevan kerana keupayaan fizikal seseorang individu yang berusia lebih 60 tahun semakin berkurangan.

“Tenaga pun dah kurang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, berlainan dengan ahli politik kerana selagi orang suka kalau dah berumur 70 tahun pun boleh lagi (berkhidmat) kerana telah dipilih (oleh rakyat),” katanya.

Sebelum ini Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Beliau berkata kebanyakan negara seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, Eropah serta Amerika Syarikat melanjutkan usia persaraan penjawat awam mereka kepada 65 tahun. – BERNAMA

Tags: Giat MaraPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd