• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Curi Jentera Berat Tumpas, 12 Individu Ditahan

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis menumpaskan kumpulan yang aktif mencuri jentera berat sekitar Sepang, Banting dan Petaling Jaya dengan tertangkapnya 11 lelaki tempatan termasuk ketua kumpulan itu serta seorang wanita warga Thailand.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata dengan tumpasnya ‘Geng Mega Kajang’ itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurangnya-kurangnya lima kes curi dan samun di tapak pembinaan sekitar kawasan terbabit.

“Kumpulan ini terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil yang mempunyai peranan tersendiri, ada terlibat mencuri jentera, ada kumpulan penyerang, mencari pembeli dan pembawa barang.

“Mereka hanya berhubung dengan ketua kumpulan yang memberi arahan. Ketua kumpulan ini juga mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan baru dilepaskan dari penjara 11 bulan lepas,” katanya pada sidang media di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata tangkapan itu dibuat susulan beberapa laporan kejadian curi jentera berat daripada beberapa tapak pembinaan pada 2, 4 dan 8 Ogos lepas.

“Hasil maklumat diperoleh Pasukan Cantas Khas pada 11 Ogos, seorang lelaki yang bertindak sebagai pembawa jentera ditahan, seterusnya membawa kepada penahanan kesemua 12 suspek terbabit.

“Seorang pembeli turut ditahan di Rompin, Pahang tetapi telah dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Abdul Aziz berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 31 hingga 45 tahun itu, direman dari 13 hingga 27 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Polis turut merampas pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan RM350,000 antaranya tiga jengkaut, dua kenderaan pengangkut jentera, sebuah jentolak, dua Perodua Viva, dua motosikal, cek bernilai RM17,000, sebilah parang dan tujuh telefon bimbit pelbagai jenis, katanya.

Mengulas mengenai penemuan mayat seorang lelaki di kawasan landasan ERL berhampiran Kampung Datuk Abu Bakar Baginda di sini lewat malam semalam, Abdul Aziz berkata kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat dilanggar ERL.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada pihak ERL yang mengesyaki terlanggar sesuatu dan ketika sampai di tempat kejadian, mayat mangsa ditemui tertiarap di dalam longkang.

“Mangsa yang berusia lingkungan 40 tahun itu dipercayai masuk ke kawasan terbabit dalam keadaan mabuk melalui pagar yang telah dipotong.

“Sedikit serpihan daripada ERL turut ditemui di kawasan itu,” katanya sambil menambah bahawa mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: Kes Curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd