• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganja: 2 Pelajar Sekolah Antara Ditahan

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua pelajar sekolah menengah antara 16 lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran ganja di sekitar Bandar Sunway dekat sini, minggu lepas.

Kesemua mereka berusia 16 hingga 29 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dalam empat serbuan berasingan pada Selasa dan Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari memberitahu media di sini hari ini, bahawa turut dirampas 11,691 gram ganja bernilai lebih RM33,000.

Serbuan pertama pada Selasa menjurus kepada penahanan lelaki berusia 24 tahun di sekitar Bandar Sunway dan penemuan lima ketulan mampat dipercayai ganja seberat 521 gram, disusuli penahanan pelajar berusia 16 tahun dan penemuan dua bungkusan plastik disyaki mengandungi ganja seberat 251 gram.

Mohammad Azlin berkata 12 lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam serbuan seterusnya di sebuah kondominium pada hari sama, selain menemui dua ketulan mampat dipercayai ganja seberat 444 gram.

“Saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah. Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar kolej di sekitar Lembah Klang manakala seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun turut ditahan,” katanya.

Hasil soal siasat, dua lagi lelaki berusia 19 dan 24 tahun ditahan pada Khamis di Bandar Sunway, selain penemuan 10 ketulan mampat ganja seberat 10,475 gram dalam sebuah kereta.

Kesemua mereka direman selama tujuh hari dari tarikh ditangkap dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah, dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. – BERNAMA

Tags: ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

Ganja Cuba Diseludup Guna Perkhidmatan Kiriman, Diikrar Sebagai ‘Hadiah Hari Raya’

05/05/2025
0

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan dua cubaan penyeludupan dadah jenis ganja menggunakan perkhidmatan kiriman cepat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd