• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Stesen Minyak Didenda, Gagal Kemuka Penyata GST

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat gagal mengemukakan penyata cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebuah stesen minyak didenda RM72,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu bagi setiap daripada sembilan pertuduhan itu selepas pemilik syarikat Nur Fattah Arrazak Enterprise Nur Izzati Beatrice Haekal Ngauh, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didapati gagal mengemukakan penyata GST bagi tempoh bercukai dari April 2015 sehingga Disember 2015 sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 41 (1) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Ia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Lot 17774, Jalan 2, Taman Desa Jaya Kepong, di sini pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 41 (6) akta itu yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, serbuan dan siasatan terhadap syarikat itu yang menjalankan jualan runcit bahan api automotif dan kedai serbaneka mendapati syarikat itu gagal mengemukakan Penyata GST-03 kepada pihak kastam.

Terdahulu, Nur Izzati yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dalam tempoh tersebut dua pekerjanya yang merupakan warga emas dimasukkan ke hospital dan dia lebih menitik-beratkan kebajikan mereka dan tidak menumpukan perhatian terhadap hal ehwal perniagaan.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Jamilah Abdul Rauf memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh seharusnya lebih peka terhadap keseriusan undang-undang berhubung perkara itu setelah menerima beberapa pemberitahuan daripada pihak kastam. – BERNAMA

Tags: dendaGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd