• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EPL: Liverpool Benam The Gunners Dalam Pesta Gol

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menerima tamparan hebat dalam aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila skuad bimbingannya dikejutkan dengan kekalahan 3-4 di tangan Liverpool, sebentar tadi.

Lebih malang, kekalahan itu dialami The Gunners di hadapan penyokong sendiri tatkala mereka berjaya mendahului perlawanan. Anak buah Wenger menceriakan penyokong di Stadium Emirates apabila mendahului perlawanan menerusi jaringan Theo Walcott pada minit ke-31.

Gol itu menyaksikan pemain sayap Arsenal berkenaan menebus kekecewaannya yang sebelum itu gagal menyempurnakan sepakan penalti diperoleh pada minit ke-29. Ketika aksi babak pertama memasuki masa kecederaan, Liverpool yang dibimbing Jurgen Klopp memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Coutinho.

Empat minit selepas babak kedua bersambung, Adam Lallana meletakkan skuad The Reds di depan apabila meledak gol kedua buat pasukan itu sebelum Coutinho sekali lagi membuktikan sentuhan penyudah dengan gol kedua peribadi pada minit ke-56.

Walaupun selesa mendahului 3-1, namun anak buah Klopp masih bernafsu bagi memburu jaringan susulan serangan bertali arus ke arah pintu gol lawan dan ia membuahkan hasil apabila Sadio Mane menjaringkan gol keempat pada minit ke-63.

Tersentak dengan empat gol Liverpool, Arsenal dilihat cuba kembali bangkit menerusi serangan ke kubu Liverpool dan pemain gantian Alex Oxlade-Chamberlain yang masuk menggantikan Alex Iwobi menjaringkan gol pada minit ke-64.

Pemain pertahanan Arsenal, Callum Chambers menjaringkan gol ketiga buat pasukan itu pada minit ke-75 namun jaringan itu sudah terlambat bagi menafikan Liverpool membawa pulang tiga mata. – Agensi

Tags: Liverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd