Sample Page Title

KECOH menerusi media utama tempatan berita perkahwinan kali kedua bekas menteri besar Selangor iaitu, Dr. Mohamad Khir Toyo dengan seorang wanita dikenali sebagai Christine Zanitrah Abdullah.

Laman portal akhbar tempatan berkongsi perasaan isteri pertama bekas menteri besar Selangor itu iaitu Zaharah Kechik berkaitan isu suaminya yang berkahwin untuk kali kedua.

Menurut laman itu, nada suara Zaharah, 51; kedengaran tenang sahaja ketika dihubungi, seolah-olah reda dengan tindakan suaminya itu, meskipun tidak mendedahkan perasaan sebenar yang dilaluinya dalam rumah tangganya itu.

Bekas jururawat itu juga memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang komen berkaitan berita sensasi tersebut.

Gambar Isteri Kedua Dr. Mohamad Khir Toyo
Dr. Mohamad Khir Toyo dan isteri keduanya, Christine Zanitrah Abdullah.

“Minta maaflah, saya tiada apa-apa mahu diceritakan,” katanya lagi.

Dr. Mohamad Khir, 51; berkahwin dengan Zaharah pada 1990 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Manakala semalam berlangsungnya perkahwinan Christine dan Dr. Mohamad Khir yang diadakan secara tertutup.


Difahamkan Christine telah memeluk Islam pada April lepas sebelum berkahwin dengan mantan pemimpin politik Selangor itu.

Bagaimanapun, usaha pihak akhbar untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan daripada Dr. Mohamad Khir tidak berjaya kerana dimaklumkan beliau tidak mahu diganggu dan ingin beristirahat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...