• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Penyokong Pahang Ditahan Cetus Kekecohan Di Stadium

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Enam penyokong Pahang ditahan kerana disyaki mencetuskan kekecohan selepas tamat perlawanan Piala Malaysia antara Pahang dan Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan selain disyaki bertindak agresif selepas perlawanan itu tamat.

“Mereka ditahan lebih kepada langkah pencegahan. Mereka bertindak agresif dan kita tahan mereka untuk siasatan jika mereka berada di bawah pengaruh barang terlarang atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Abdul Aziz berkata terdapat penyokong pasukan Tok Gajah yang membaling bom asap ke tepi padang pada minit ke-80 perlawanan, menyebabkan pengadil Fitri Maskon terpaksa menghentikan permainan untuk beberapa minit sehingga bom asap dipadamkan.

Kekecohan juga berlaku selepas perlawanan tamat, dipercayai kerana mahu mendesak jurulatih Pahang Razip Ismail berundur dan polis mengambil masa selama kira-kira 15 minit untuk mengawal keadaan.

Pada perlawanan itu Pahang menewaskan Kuala Lumpur 2-1 menerusi jaringan Claudio Andres Meneses pada minit ke-29, Jailton De Campos pada minit ke-63 manakala Leonardo Moreira menghasilkan gol tunggal pasukannya pada minit ke-46. – BERNAMA

Tags: penyokongStadium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd