• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edrus Dipercayai Mati Sejak Hari Pertama

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Noor Amila Edrus Norsham dipercayai meninggal dunia pada hari pertama dilaporkan hilang pada Khamis lalu (11 Ogos).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu ditemui, ia dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki diikat tali kabel.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak hari pertama dia dilaporkan hilang pada Khamis lalu (11 Ogos),” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek berumur 26 tahun yang remannya berakhir hari ini, disambung sehingga Rabu depan, adalah warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik.

Beliau yang menafikan suspek adalah etnik Rohingya seperti dilaporkan media, berkata setakat ini, siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh, hanya membabitkan seorang individu.

“Polis sudah mendapatkan perintah tahanan reman suspek disambung sehingga Rabu bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyiasat daripada pelbagai aspek termasuk culik untuk wang tebusan, dendam dan juga serangan seksual dalam kes itu, sudah mengambil keterangan 10 individu termasuk isteri suspek, anggota keluarga yang lain serta beberapa penduduk kampung yang mengenali suspek dan mangsa.

Sementara itu, ibu tirinya Norrihan Bakar, 51, berkata Noor Amila Edrus yang dijaganya sejak berusia sembilan bulan, terlalu manja dengannya.

“Edrus ramah, suka bergurau dan selalu menyakat anggota keluarga lain. Saya selalu suapkan makanan kepadanya ketika dia bermain basikal di depan rumah,” katanya sambil memegang erat selimut milik anak tirinya itu.

Menurutnya, sepanjang tujuh hari kehilangan kanak-kanak itu, beliau merasa amat bimbang kerana anak tirinya itu menghidapi asma. – BERNAMA

Tags: Edruskes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd