• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM400,000

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua lelaki yang dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan dadah ke negeri ini ditahan dalam operasi di Taman Idaman, Simpang Ampat dekat sini.

Polis turut merampas syabu seberat lima kilogram bernilai RM400,000 serta wang tunai RM5,000 dalam operasi pada pukul 4 petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berusia 28 dan 34 tahun yang mempunyai rekod jenayah itu ditahan hasil pemeriksaan terhadap sebuah kereta Mercedes Benz di tepi jalan di kawasan taman berkenaan.

“Polis mengekori kereta dinaiki dua lelaki itu dari kawasan Nibong Tebal dan pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah dalam kotak rokok bersama mereka, manakala syabu yang dirampas itu ditemui dalam lima bungkusan plastik hitam dalam but kereta itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua lelaki yang bekerja di sebuah kasino di Genting Highlands itu dari Kuala Lumpur dan dalam perjalanan menghantar dadah kepada pembeli di kawasan mereka ditahan.

Shafee berkata dua lelaki yang positif dadah itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak Februari lepas dan polis sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket berkenaan.

Mereka kini ditahan reman hingga 8 Ogos, katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd