• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda RM300 Jika Merokok Luar Bulatan Kuning

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jika anda ingin merokok di zon larangan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO, sila berbuat demikian di lokasi separa bulatan berwarna kuning dengan papan tanda ‘zon merokok’.

Ia adalah satu-satunya ruang di mana anda dibenarkan merokok di kawasan tapak warisan tersebut.

Sehingga kini terdapat kira-kira 30 lokasi yang diwujudkan khas untuk perokok dalam tapak warisan.

Namun jika ditangkap merokok di luar bulatan berkenaan, denda RM300 bakal dikenakan kepada pesalah.

“Oleh kerana sesetengah perokok tetap mahu merokok dan kami tidak mahu mengeluarkan denda sepanjang masa, kami mencipta sudut-sudut merokok bagi mereka.

“Anda mempunyai hak untuk merokok, tetapi anda tiada hak untuk mencemarkan udara dan mendedahkan orang tersayang dan rakan dengan asap rokok,” kata Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di seluruh tapak warisan dunia di sini kecuali di rumah-rumah persendirian telah bermula pada 1 Januari.

Walaupun sudut merokok adalah biasa di lapangan terbang dan hotel, George Town dipercayai menjadi satu-satunya daerah tidak boleh merokok di Malaysia dengan pengenalan sudut khas untuk perokok.

Sudut-sudut itu tidak berbumbung supaya asap akan menghilang dengan cepat.

Anda juga perlu membawa bekas abu rokok mudah alih sendiri.

“Tiada siapa yang akan membuang puntung rokok anda untuk anda. Simpan puntung rokok sehingga anda menemui tong sampah,” kata Phee. – mStar Online

Tags: dendamerokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd