• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Tak Akan Ganggu Siasatan SPRM – Datuk Bandar

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pegawainya yang disiasat suruhanjaya itu, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Abd Aziz.

“Itu hak SPRM untuk jalankan tugas, bagi saya pegawai-pegawai saya tidak perlu risau kalau dia tak buat salah. Kita (pegawai DBKL) punya tugas jalan seperti biasa,” katanya kepada pemberita ketika mengetuai lawatan Tapak ‘Blueprint’ Kebersihan dan Penarafan Kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai lebih 30 pegawai dan kakitangan DBKL disyaki terlibat dalam salah guna kuasa melibatkan pembelian kondominium dan pangsapuri di ibu negara.

Baru-baru ini, seorang pegawai kanan DBKL bergelar Datuk Seri ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa, dipercayai memiliki 31 unit kondominium mewah bernilai lebih RM15.5 juta.

Dalam perkembangan sama, Mhd Amin berkata DBKL sedang mengemas kini pengisytiharan harta pegawai pengurusan tertingginya di semua peringkat dan dijangka selesai sebelum Jumaat depan.

“Setakat ini daripada 26 pengarah, hanya 12 orang sahaja belum dikemas kini, saya bagi masa sehingga Jumaat hadapan untuk selesaikan kemas kini dalam sistem,” katanya.

Menyentuh mengenai lawatan tersebut, Mhd Amin berkata sebanyak 35 kawasan komersial dan perumahan sekitar WPKL telah dikenal pasti untuk mendapat penarafan kebersihan melalui program itu.

“Berdasarkan lawatan sebentar tadi, kita dapati kebersihan kawasan meningkat terutama bahagian lorong-lorong belakang dan kita positif, objektif untuk mencapai bandar raya bersih seiring status negara maju akan tercapai menjelang 2020,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd